Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Penangan media sosial dorong anak muda cuba nasib jual biskut raya
  • INSPIRASI

Penangan media sosial dorong anak muda cuba nasib jual biskut raya

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMILIK Cmelia Bites, Cmelia Lee.

SIBU: Bermula daripada galakan ibu dan minat mencuba sesuatu yang baharu, seorang wanita muda di sini mengambil peluang menjadikan musim perayaan sebagai langkah pertama membina jenama biskut rayanya sendiri, Cmelia Bites.

Pemiliknya, Cmelia Lee, 27, berkata keputusan menceburi perniagaan biskut raya tahun ini dibuat untuk mencari pengalaman berniaga di samping menambah pendapatan sampingan.

Katanya, idea tersebut tercetus selepas ibunya mencadangkan agar beliau mencuba menjual biskut, selain menerima galakan daripada keluarga dan rakan-rakan yang menyukai hasil bakerinya.

“Saya masih baru dalam bidang ini, jadi saya mahu cari pengalaman sambil tambah pendapatan sampingan.

BISKUT semperit yang dibakar sendiri oleh Cmelia Lee dan mendapat paling banyak sambutan.

“Ibu banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sejak awal. Daripada situ saya mula yakin untuk cuba berniaga sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Menurut Cmelia, antara cabaran terbesar yang dihadapinya ketika ini ialah mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana ramai lebih cenderung membeli daripada penjual yang sudah dikenali.

Namun, beliau memilih untuk mempertaruhkan kualiti produk bagi menarik perhatian pembeli.

“Saya hasilkan sendiri semua biskut bermula daripada penyediaan bahan, proses membakar sehingga pembungkusan.

“Walaupun masih baru, saya sangat menjaga rasa dan kualiti sebab saya mahu pelanggan puas hati,” katanya.

Cmelia berkata setakat ini sambutan pelanggan masih sederhana kerana jenamanya belum begitu dikenali, namun biskut semperit menjadi antara produk paling mendapat permintaan.

Selain semperit, Cmelia turut menjual cornflake crunchy di bawah jenama Cmelia Bites.

BISKUT lain yang turut dijualnya ialah biskut cornflake crunchy.

Bagi memperluaskan pasaran, katanya, promosi dilakukan sepenuhnya menerusi media sosial selain bantuan promosi mulut ke mulut daripada keluarga dan rakan-rakan.

Dalam keadaan persaingan jualan biskut raya yang semakin sengit, Cmelia percaya semangat untuk terus belajar menjadi kekuatan utama untuk bertahan.

“Saya yakin kalau kita konsisten jaga kebersihan, rasa dan layanan kepada pelanggan, orang akan mula percaya dengan produk kita,” katanya.

Cmelia berharap perniagaan kecil yang diusahakan itu dapat berkembang pada masa depan dengan penambahan variasi biskut serta lebih ramai pelanggan mengenali jenamanya.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan biskut sempena musim perayaan boleh menghubungi Cmelia di talian 019-5404818.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Naik bot redah sungai demi didik anak pedalaman Baram
Next: Mohd Khafiz cipta sejarah tawan Gunung Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.