Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penamatan subsidi telur ayam sedang dipertimbangkan – Mohamad Sabu 
  • NASIONAL

Penamatan subsidi telur ayam sedang dipertimbangkan – Mohamad Sabu 

Utusan Sarawak 7 months ago

Langkah menamatkan subsidi wajar- Datuk Seri Mohamad Sabu

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan itu kembali pulih dan stabil.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah menamatkan subsidi berkenaan wajar dipertimbangkan berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan RM100 juta sebulan.

“Cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan dalam pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPKM di sini hari ini.

Mohamad berkata penjimatan berkenaan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang mendesak.

Menurut beliau, negara telah membelanjakan lebih RM3 bilion sejak Februari 2022 untuk subdisi ayam dan telur, sebelum kerajaan melaksanakan penamatan subsidi ayam pada 1 Nov 2023 dan menyaksikan bekalan serta harga ayam semakin stabil hingga kini.

“Apabila kita mengambil keputusan tidak popular iaitu menamatkan subsidi ayam, pada ketika itu ramai memperlekehkan usaha kita, kononnya harga ayam akan melambung.

“Alhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan lebih penting lagi, negara mendapat manfaat dengan penjimatan RM100 juta sebulan melalui penamatan subsidi ayam,” katanya.

— BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Saudara kembar menang Anugerah Emas Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024
Next: Tujuh agensi penguat kuasa bawah KPKM digabungkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.