Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemuda PBB Kampung Perpat juara Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Aidilfitri 2025
  • SUKAN

Pemuda PBB Kampung Perpat juara Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Aidilfitri 2025

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KAMI JUARA…Pasukan Pemuda PBB Kampung Perpat muncul juara pada Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Aidilfitri 2025 di Padang SK Perpat, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pasukan Pemuda PBB Kampung Perpat muncul juara pada Edisi Ketiga Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Aidilfitri 2025 anjuran Pemuda PBB Kampung Perpat Edisi di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Perpat, semalam.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Pemuda PBB telah menewaskan pasukan Crocestyle dengan jaringan 3-1 untuk muncul sebagai juara.

Pertandingan yang berlangsung selama empat hari itu telah disertai sebanyak tujuh pasukan melibatkan lima pasukan dari Kampung Perpat, sebuah pasukan dari Lubok Nibong dan sebuah pasukan dari Kampung Paloh.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemenang terutamanya penganjur iaitu Pemuda PBB serta belia Kampung Perpat yang telah berganding bahu dalam menjayakan program tahunan yang dianjurkan pada setiap kali sambutan Aidilfitri.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan Pemuda PBB Kampung Perpat yang berjaya mengalahkan pasukan Crocestyle pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-1,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri ketika dihubungi.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Kaunselor Kasdi Pandi yang telah mewakili ADUN Kalaka.
Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan Kalaka, Harjam Jamain, Kaunselor Saee Ason, ketua kampung dan tuai rumah.
Oleh Adi Saparman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Perkasa pembangunan sukan di Sarawak
Next: Permainan catur bantu bina kemahuan, kesabaran pemain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.