Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19’
  • GLOBAL

Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19’

Utusan Sarawak 5 years ago
SEORANG petugas kesihatan sedang mengendalikan pesakit Covid-19 yang sedang menggunakan ventilator.• Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT: Seorang pesakit berusia 30 tahun meninggal dunia di Hospital Methodist di San Antonio, Texas di Amerika Syarikat (AS).

Menurut ketua pegawai perubatan hospital itu, pesakit tersebut meninggal dunia pada minggu ini, selepas menghadiri sebuah parti yang kononnya adalah ‘parti Covid-19’.

Dr Jane Appleby menerusi kenyataan yang direkodkan berkata, pesakit berkenaan memberitahu jururawat mengenai parti tersebut, yang dikatakan dianjurkan oleh seseorang yang menghidap Covid-19.

“Ideanya adalah semua orang berkumpul bersama untuk melihat sekiranya virus itu adalah benar dan sekiranya ada yang dijangkiti,” kata Appleby.

Menurut Appleby, beliau berkongsi kisah tersebut bukan untuk menakutkan orang ramai, tetapi untuk memastikan mereka memahami bahawa virus tersebut boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Beliau menambah, kebanyakan kes Covid-19 di hospital itu membabitkan golongan yang berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an.

Appleby juga memberi amaran bahawa virus itu tidak mendiskriminasi sesiapa, dan menggalakkan orang ramai untuk memakai topeng muka dan seboleh-bolehnya kekal berada di rumah. –AFP

Continue Reading

Previous: Itali haramkan kemasukan 13 negara
Next: Dua maut dalam runtuhan bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.