Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Peminat minyak wangi ‘busuk’
  • STAIL

Peminat minyak wangi ‘busuk’

Utusan Sarawak 5 months ago
PELIK BAUNYA… Muhamad Lukman Nur Hakim Rosmizan, 24, menunjukkan dua minyak wangi yang pelik baunya seperti Sombre Strangers Parfumerie yang mempunyai bau seperti darah (kanan) dan Dusita Oudh Infini bau tinja (najis). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengguna minyak wangi selalunya memilih haruman yang memikat dan menyenangkan, namun bagi jejaka ini, dia lebih tertarik kepada aroma yang bagi kebanyakan orang berbau ‘busuk’.

Meminati dan menggunakan minyak wangi sejak berusia tujuh tahun, Muhamad Lukman Nur Hakim Rosmizan, 24, menggemari haruman yang jarang diterima ramai, seperti  aroma kuat berasaskan kayu gaharu atau berbau seperti tinja (najis) dan mengandungi unsur bau haiwan atau animalic.

PENGGUNA minyak wangi selalunya memilih haruman yang memikat dan menyenangkan, namun bagi jejaka ini, dia lebih tertarik kepada aroma yang bagi kebanyakan orang berbau ‘busuk’.
EMPAT simpanan minyak wangi yang menjadi kegemaran Muhamad Lukman (kiri) Sombre Strangers Parfumerie yang mempunyai bau seperti darah, Manikam Parfvms (animalic), Dusita Oudh Infini (tinja) dan Nishane Unutamam (animalic).

Bahan animalic ini, antaranya daripada musang yang mempunyai bau seakan kasturi, diadun dengan bahan-bahan lain seperti bunga-bungaan, gaharu, rempah dan bedak talkum menghasilkan aroma ‘busuk’ termasuk peluh, bulu haiwan, tinja, muntah dan nanah. 

“Semasa saya kecil, ayah dan datuk saya merupakan penjual minyak atar, jadi dari kecil saya dah terbiasa dengan minyak wang beraroma kuat. Bila dah lama terdedah kepada bauan sedemikian, hidung seakan mangli dengan bau minyak wangi yang biasa orang pakai, jadi deria bau saya ‘mencari’ aroma unik, lain daripada biasa, barulah saya rasa tertarik dan selesa dengan bauan tersebut.

 “Sewaktu sekolah menengah pula, saya mula memakai minyak wangi berasaskan oud (gaharu) yang kuat, kemudian saya beralih kepada bau tembakau dan sekarang minat dengan aroma animalic. Walaupun ramai yang rasa bauan itu busuk,  pada saya itu yang membuatkan bauan tersebut menarik,” kongsinya dengan Bernama.

ESKPRESI PERSONALITI SESEORANG

Sanggup berhabis termasuk membeli yang berharga RM1,800 sebotol, dia yang bekerja di sebuah kedai minyak wangi di ibu kota, berpandangan minyak wangi merupakan satu bentuk eskpresi personaliti seseorang yang bukan sahaja dapat memberi kepuasan kepada si pemakai tetapi juga menjadi sumber inspirasi.

Memiliki koleksi minyak wangi yang dihasilkan oleh pembuat haruman di Thailand, Oman dan beberapa negara lain, Muhammad Lukman berkata dia masih memakai wangian biasa termasuk haruman sitrus yang menyegarkan.

Walaupun ada yang menyatakan aroma sedemikian kurang menyenangkan, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini percaya bahawa minyak wangi bukan sekadar bau, sebaliknya mempunyai nilai seni dan penceritaan tersendiri menerusi aroma yang dicetuskan.

“Minyak wangi, selepas disembur mempunyai tiga peringkat bau, iaitu top, middle dan base. Maksudnya, bila mula disembur dan selepas beberapa ketika baunya berbeza. Jadi, ada yang bau busuk pada mula-mula disembur tapi bila dah lama jadi bau segar pula,” katanya.

“Jujurnya saya tidak kisah tentang pandangan orang lain kerana ini adalah pilihan peribadi saya. Ramai yang skeptikal pada awalnya, tapi bila mereka cuba, ada yang akhirnya suka dan mahu tahu lebih lanjut,” katanya yang mahu terus mencari dan mengumpul aroma unik. Kata anak sulung daripada empat beradik ini, antara haruman yang diburu dan belum dimilikinya ialah bau kad kredit, yang menurutnya masih belum dapat dihidu sendiri mahupun dibayangkan aroma tersebut. – Bernama

Tags: STAIL

Continue Reading

Previous: Corak batik inspirasi pereka fesyen muda
Next: Pembuat replika rumah tradisional kongsi ilmu di TikTok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.