KEMBALINYA peminat ke stadium di Sepanyol akan dikenakan batasan yang ketat, dengan penyokong harus mendaftar terlebih dahulu, bergilir-gilir menghadiri permainan dan suhu mereka diambil semasa ketibaan, menurut garis panduan yang dikeluarkan kepada kelab oleh La Liga.
Dokumen tersebut menggariskan peminat perlu mendaftar dengan maklumat jika ingin menghadiri pertandingan ketika bola sepak Sepanyol untuk membenarkan peminat kembali ke stadium dalam jumlah yang terhad berikutan Covid-19.
Semua permainan dimainkan dalam stadium kosong sejak musim ini disambung awal bulan ini.
Pada masa sama, kelab kemudian akan dibenarkan untuk memilih penyokong mana yang dibenarkan.
Pada hari perlawanan, penonton harus tiba di stadium dengan slot masa yang diperuntukkan tetapi tidak dibenarkan menonton perlawanan jika bacaan suhu melebihi 37.5 darjah celsius.
Dalam stadium , peminat mesti memakai topeng, menjaga jarak sosial dan keluar dalam satu barisan pada satu-satu masa di akhir perlawanan.
Sementara itu, kemudahan katering akan tetap ditutup tetapi peminat akan diberi dua botol air ketika masuk ke dalam stadium.
Presiden La Liga, Javier Tebas, beberapa kali menyatakan harapan bahawa sejumlah peminat dapat diizinkan kembali menyaksikan perlawanan sebelum musim Sepanyol yang ditangguhkan berakhir pada 19 Julai.
Namun, keputusan akhir terletak di tangan kerajaan.
Keputusan akhir mengenai masalah ini terletak di tangan Majlis Sukan Negara (CSD) Sepanyol, yang pertama kali harus berunding dengan Kementerian Kesihatan negara itu dan pihak berkuasa autonomi yang berbeza.
Sepanyol telah menjadi antara negara yang paling parah terkena wabak di Eropah, merekodkan lebih daripada 28,000 kematian berkaitan Covid-19 dan mendaftarkan hampir 300,000 kes. – AFP