Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemimpin, lebih 100 anggota tertinggi parti pembangkang didakwa membunuh
  • GLOBAL

Pemimpin, lebih 100 anggota tertinggi parti pembangkang didakwa membunuh

Utusan Sarawak 2 years ago
ANGGOTA polis berkawal di hadapan aktivis parti Nasionalis Bangladesh (BNP) semasa perhimpunan menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Sheikh Hasina dan pembebasan Pengerusi BNP Begum Khaleda Zia di Dhaka, kelmarin. Polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah di sekumpulan besar penyokong pembangkang Bangladesh untuk mematahkan protes gergasi terhadap Perdana Menteri, dengan seorang pegawai terbunuh dan puluhan orang mengalami kecederaan dalam beberapa jam pertempuran ganas di tengah Dhaka. FotoAFP

DHAKA: Ketua dan lebih 100 anggota tertinggi parti pembangkang Bangladesh semalam didakwa atas tuduhan membunuh seorang anggota polis dalam demonstrasi menjelang pilihan raya akan datang.  

Pegawai Polis Salahuddin Mia berkata, pertuduhan telah difailkan terhadap sekurang-kurangnya 164 Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) termasuk Mirza Fakhrul Islam Alamgir atas tuduhan membunuh pegawai polis itu.

“Mereka yang didakwa merupakan sebahagian besar daripada kepimpinan BNP dan berpotensi menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah,” tegasnya.

Alamgir, 75, setiausaha agung BNP, telah mengetuai parti itu sejak pengerusi BNP dan bekas perdana menteri dua kali Khaleda Zia ditangkap dan dipenjarakan, dan anaknya dibuang negeri di Britain.

Pesuruhjaya polis Dhaka, Habibur Rahman sebelum ini berkata Alamgir telah ditahan untuk disoal siasat berikutan keganasan yang berlaku kelmarin mengakibatkan seorang pegawai polis dan seorang penunjuk perasaan terbunuh serta sekurang-kurangnya 26 ambulans polis dibakar dan dirosakkan.

Polis kelmarin berkata, pegawai itu telah ditetak sehingga mati dan menuduh aktivis BNP melakukan pembunuhan itu.

Pembangkang melancarkan demonstrasi selama berbulan-bulan membangkitkan tanda ketidakpuas hati terhadap perdana Menteri Zia yang uzur dibebaskan dari penjara selepas sabitan atas tuduhan rasuah yang kini ditahan di rumahnya.

Demonstrasi yang dilancarkan kelmarin oleh BNP dan parti Islam terbesar, Jamaat-e-Islami adalah antara yang terbesar tahun ini dan menandakan fasa baharu dalam kempen mereka dengan pilihan raya umum dijangka menjelang akhir Januari depan.

Protes diteruskan semalam di beberapa lokasi.

Lebih 100,000 penyokong dua parti pembangkang utama berhimpun kelmarin untuk menuntut Perdana Menteri Sheikh Hasina berundur bagi membenarkan undian yang bebas dan adil di bawah kerajaan berkecuali.

Polis Metropolitan Dhaka berkata, sekurang-kurangnya 1,480 aktivis pembangkang telah ditangkap dan didakwa melakukan keganasan sejak 21 Oktober.

Mereka termasuk hampir 700 orang yang ditangkap semasa protes kelmarin. – AFP

Continue Reading

Previous: PBB beri amaran bantuan kemanusiaan untuk Gaza bakal ‘lumpuh’
Next: Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin tuntut gencatan senjata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.