Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemimpin Hulu Rajang turun padang eratkan silaturahim sempena Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemimpin Hulu Rajang turun padang eratkan silaturahim sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
TIGA pemimpin utama kawasan Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Datuk Liwan Lagang, dan Senator Michael Mujah Lihan turun padang meraikan lebaran bersama penduduk setempat, kelmarin. Foto UKAS

BELAGA: Semangat perpaduan dan keharmonian jelas terpancar dalam Kunjungan Muhibbah Aidilfitri di Kampung Melayu Belaga dan Kampung Hijrah Jaya apabila tiga pemimpin utama kawasan Hulu Rajang turun padang meraikan lebaran bersama penduduk setempat, kelmarin.

Memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang serta Ahli Dewan Negara Senator Michael Mujah Lihan meluangkan masa mengunjungi beberapa kediaman penduduk bagi menyantuni mereka dalam suasana penuh kemesraan.

Kehadiran mereka disambut dengan tangan terbuka oleh penduduk kampung yang berbesar hati menerima kunjungan pemimpin dalam suasana perayaan yang meriah.

Turut serta dalam rombongan ialah Pegawai Daerah Belaga Datin Rosnie Bilang, Pegawai Pejabat Daerah Bidah Lujah serta beberapa tetamu lain.

Lawatan ini bukan sekadar tradisi Aidilfitri, tetapi juga peluang untuk para pemimpin mendengar keluhan dan harapan rakyat secara langsung.

Antara rumah yang dikunjungi ialah kediaman Penghulu Abu Talip Mokhtar, Kaunselor Kiprawi Mokhtar, Ketua Kampung (KK.) Awang Japar Awang Khabar, KK Hasbie Awang Radin serta rumah Temenggong Ajang Sirek.

Melalui kunjungan ini, pemimpin bukan sahaja memperkukuh hubungan dengan rakyat, malah menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif sebegini selari dengan aspirasi Segulai Sejalai, yang menekankan semangat kebersamaan dalam membangunkan Sarawak ke arah kemajuan dan kemakmuran

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkatkan keselesaan, kemudahan penduduk setempat
Next: RM11,000 untuk JKKK Uma Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.