Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemeriksaan prestasi projek RTP Kuala Rajang dilaksana di Kampung Selalang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemeriksaan prestasi projek RTP Kuala Rajang dilaksana di Kampung Selalang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMERIKSAAN PRESTASI PROJEK…. Wakil DID Sarikei, Shahrizal Sapari (kanan) bergambar bersama wakil N41 Kuala Rajang, Baijuri Jauji. Foto FB Datuk Len Talif Salleh

SARIKEI: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei telah menjalankan pemeriksaan prestasi terhadap sebuah projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Kuala Rajang yang dilaksanakan di Kampung Selalang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pemeriksaan tersebut turut disertai oleh Shahrizal Sapari dan Baijuri Jauji yang mewakili DID Sarikei serta pihak N41 Kuala Rajang.

“Pemantauan berkenaan adalah bagi menilai kemajuan beberapa inisiatif pembangunan infrastruktur yang membabitkan projek bina baharu padang futsal Kampung Selalang.

“Projek naik taraf Dewan Kampung Selalang yang melibatkan pemasangan pendingin hawa tambahan, pemasangan papan suis utama (MSB) dan penaiktarafan transformer dengan kos RM300,000,” katanya.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook beliau, baru-baru ini.

Katanya, projek pembinaan gelanggang serbaguna serta kerja penyelenggaraan padang sukan juga dijangka memberi impak besar kepada aktiviti riadah dan pembangunan belia di kawasan tersebut dan memperkasa prasarana luar bandar.

Sementara itu, katanya, turut serta dalam lawatan tapak bagi naik taraf jalan dari Rumah Merupi ke Rumah Resat, Sare bersama Asmawadi dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei ialah Penghulu Bidai dan Tuai Rumah Resat.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong turun padang tumpu isu rakyat luar bandar
Next: MPS komited tingkatkan kemudahan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.