Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pemergian S Atan kehilangan besar buat industri muzik negara – Jamal Abdillah
  • HIBURAN

Pemergian S Atan kehilangan besar buat industri muzik negara – Jamal Abdillah

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Pemergian komposer terkenal Datuk S Atan yang meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.

“Kita kehilangan seorang yang begitu bermakna dalam industri muzik tempatan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman Allahyarham S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said di Taman Bukit Kajang di sini hari ini.

Berita pemergian S Atan disahkan sendiri isterinya, Datin Norizan Yeob ketika dihubungi Bernama yang memaklumkan suaminya telah menghembuskan nafas terakhir di rumah akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Jamal berkata dia mempunyai beberapa lagu yang diterbitkan oleh Allahyarham antaranya tiga lagu hari raya yang hingga kini masih menjadi siulan ramai.

“Secara peribadi, saya sangat hormati arwah. Beliau sangat tegas terutamanya ketika dalam studio rakaman,” katanya yang memaklumkan kali terakhir berhubung dengan arwah pada Selasa lepas.

Sementara itu, adik Allahyarham dan penulis lirik Fatah Hasan atau lebih dikenali Belle Fatah mendedahkan beliau dan abangnya sedang menyiapkan satu projek bagi menerbitkan beberapa lagu untuk seorang artis wanita tempatan.

Fatah berkata projek itu melibatkan keseluruhan lapan lagu iaitu tiga lagu dihasilkan oleh beliau dan lima lagi lagu akan dihasilkan oleh abangnya, namun Allahyarham sempat menyiapkan tiga lagu sahaja.

“Insya-Allah saya akan teruskan untuk menyiapkan projek ini dan tiga lagu yang telah dihasilkan oleh abang saya akan menjadi karya terakhir dan ‘masterpiece’ S Atan,” katanya.

Difahamkan jenazah S Atan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang pada 11 pagi esok.

Sebagai komposer, S Atan terkenal dengan sentuhan lagu Melayu Deli yang dirakam beberapa penyanyi popular seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Noor Kumalasari, Herman Tino dan Zaleha Hamid.

Allahyarham juga banyak menghasilkan lagu untuk hari raya sejak hampir 50 tahun lepas, antaranya  ‘Menjelang Hari Raya’ dendangan Datuk DJ Dave, ‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf ‘(Sudirman), ‘Cahaya Aidilfitri’ (Black Dog Bone), ‘Salam Aidilfitri’ (Jamal Abdillah), ‘Hari Mulia’ (Datuk Sheila Majid) dan ‘Indah Beraya di Desa’ (Azlina Aziz).– BERNAMA

Continue Reading

Previous: 10 lagu mara ke AJL39
Next: Lebih 5,000 peminat muzik indie meriahkan Konsert MYACASA Borneo 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.