Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan kompleks GIATMARA Limbang rancak dilaksanakan
  • Utara
  • WILAYAH

Pembinaan kompleks GIATMARA Limbang rancak dilaksanakan

Utusan Sarawak 3 months ago
DALAM PELAKSANAAN… Kompleks baharu GIATMARA Limbang kini dalam pembinaan untuk meningkatkan proses pembelajaran dan latihan kemahiran.  

LIMBANG: Pembinaan kompleks dan bangunan baharu bagi menempatkan operasi GIATMARA Limbang sedang rancak dilaksanakan bagi menyediakan prasarana dan kemudahan latihan yang lebih kondusif dan selamat.

GIATMARA Malaysia dalan perkongsian di laman rasminya berkata GIATMARA Limbang bakal diberi nafas baharu setelah siap kelak.

“Ketika ini GIATMARA Limbang beroperasi di Pejabat Residen Lama, Jalan Buangsiol dan menawarkan dua kursus iaitu Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam,”katanya.

Katanya, Bahagian Projek dan Senggaraan menghadiri mesyuarat tapak pembangunan bangunan baharu GIATMARA Limbang untuk memantau keadan semasa agar ianya dapat disiapkan mengikut perancangan.

“Apabila siapnya bangunan baharu ini kelak ia akan memberi manfaat kepada komuniti sekitar,” jelasnya lagi.

Katanya, sudah tiba masanya untuk GIATMARA Limbang beroperasi di bangunan sendiri bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat dan membolehkan para pelatih menjalani proses pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Tanjong Batu buat laporan polis berdepan tuduhan tidak berasas di media sosial
Next: Sumbangan Yayasan Bintulu Port, UPMKB keseluruhan RM25,000 kepada mangsa banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.