Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembinaan jalan keluar baharu Taman Dahlia dijangka siap Ogos tahun ini   
  • TEMPATAN

Pembinaan jalan keluar baharu Taman Dahlia dijangka siap Ogos tahun ini   

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Akses yang lebih lancar bakal dinikmati Penduduk Taman Dahlia dengan pembinaan jalan keluar baharu yang dijangka siap, Ogos tahun ini.

Projek ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti dan keselamatan penduduk dengan menyediakan laluan keluar tambahan yang lebih efisien.

Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.

Fazzrudin menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur berkualiti adalah komitmen Kerajaan Sarawak demi kesejahteraan rakyat.

“Projek ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga memberi manfaat besar kepada penduduk Taman Dahlia dan pengguna jalan raya lain.

“Saya berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan agar manfaatnya dapat dinikmati secepat mungkin,” katanya.

Jalan baharu sepanjang 470 meter dengan lebar 6.5 meter itu bakal memberi keselesaan kepada penduduk dan menjadi contoh kepada kawasan perumahan lain dalam usaha meningkatkan infrastruktur di Sarawak.

Kualiti hidup penduduk dijangka meningkat dengan adanya jalan keluar baharu tersebut selari dengan pembangunan pesat di negeri ini.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek Penahan Runtuhan Kampung Pangkalan Tebang dilaksana
Next: Banjir: 200 pelajar UPM Bintulu terima bantuan Pemadam 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.