Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan jalan baharu sepanjang 6.25 kilometer memendekan perjalanan
  • Utara
  • WILAYAH

Pembinaan jalan baharu sepanjang 6.25 kilometer memendekan perjalanan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Gerawat Gala

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, Projek Kick Off Projek 2 (KOP2) yang dilancarkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 6.25 kilometer dari Simpang Poyut ke Sungai Kalijau mengikut piawaian JKR R3.

Katanya, pelaksanaan projek itu bukan sesuatu yang mudah kerana kawasan berkenaan mempunyai cabaran geografi yang signifikan, khususnya tanah gambut yang dalam dan tidak stabil, selain terdapat kawasan mudah banjir yang memerlukan pendekatan kejuruteraan inovatif dan teliti.

Menurutnya, antara kaedah yang digunakan termasuk penggunaan Saliran Menegak Pratuang (PVD) bagi mempercepatkan penyingkiran air berlebihan dalam tanah. Selain itu, pembinaan jalan bertingkat akan dilaksanakan pada fasa seterusnya di bawah pakej sama bagi memastikan kestabilan struktur jalan di kawasan tanah lembut dan tidak rata.

“Langkah-langkah ini penting bukan sahaja dari sudut teknikal, malah bagi memastikan jalan yang dibina selamat, tahan lama serta memberi manfaat berterusan kepada rakyat, di samping menitikberatkan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini penduduk setempat terpaksa menggunakan jalan balak yang mengambil laluan jauh ke arah Long Linei dengan memintas Simpang Poyut dan Sungai Kalijau.

Menurutnya, laluan tersebut bukan sahaja berliku dan tidak selamat, malah mengambil masa yang panjang serta berisiko tinggi terutama pada musim hujan.

Dengan pelaksanaan projek ini, perjalanan yang sebelum ini mengambil masa sekitar 72 minit dijangka dapat dipendekkan kepada hanya 12 minit, sekali gus meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan pergerakan harian penduduk.

Katanya, projek itu juga akan menghubungkan kawasan pedalaman dengan rangkaian jalan utama, sekali gus meningkatkan keterangkuman pembangunan serta memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus pembangunan.

“Apabila siap kelak, projek ini akan membawa impak besar kepada komuniti setempat dengan meningkatkan keselamatan perjalanan serta membuka akses lebih luas kepada kemudahan seperti pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi,” katanya.

Tambah beliau, secara keseluruhan projek ini bukan sekadar pembinaan infrastruktur fizikal, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat serta merangsang pembangunan sosioekonomi di kawasan pedalaman Baram secara menyeluruh.

Beliau berharap komuniti setempat akan terus memberi kerjasama dan sokongan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut perancangan serta memberi manfaat besar dan berkekalan kepada semua.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak Perantau Sarawak pemangkin utama pembangunan negeri
Next: RM39.68 juta disalurkan Tabung Baitulmal Sarawak kepada asnaf setakat 31 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.