Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak Perantau Sarawak pemangkin utama pembangunan negeri
  • Selatan
  • WILAYAH

Anak Perantau Sarawak pemangkin utama pembangunan negeri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO’ Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Anak Perantau Simanggang yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Suarah Sri Aman, malam semalam. Foto: Adi Safarman

​SIMANGGANG: Anak-anak perantau Sarawak kini disifatkan sebagai aset ternilai dan pemangkin utama kepada arus pembangunan negeri menerusi perkongsian kepakaran, pengalaman serta jaringan luas yang diperoleh mereka sepanjang berada di luar negara mahupun di negeri lain.

​Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh golongan profesional dan mahir di perantauan tidak seharusnya terhenti di sana sahaja, sebaliknya perlu dibawa pulang untuk manfaat rakyat jelata.

​Menurut beliau, setiap pencapaian yang digapai di luar harus diterjemahkan kepada bentuk sumbangan konkrit terhadap pembangunan komuniti asal demi memastikan kemajuan Sarawak dapat dikecap secara menyeluruh dan inklusif.

DATO’ Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Anak Perantau Simanggang yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Suarah Sri Aman, malam semalam. Foto: Adi Safarman

​”Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan ini tidak seharusnya berhenti di perantauan. Sebaliknya, ia perlu diterjemahkan menjadi sumbangan kepada tanah kelahiran dengan pengalaman, kepakaran dan jaringan yang dimiliki,” ujar beliau.

​Beliau menambah, anak-anak perantau mempunyai peranan yang sangat besar dalam membantu mempercepatkan proses transformasi luar bandar serta pembangunan sosioekonomi di peringkat akar umbi melalui ilmu yang mereka timba.

​Kenyataan tersebut dizahirkan dalam teks ucapan beliau sempena Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Anak Perantau Simanggang yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Suarah Sri Aman, malam semalam.

DATO’ Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Anak Perantau Simanggang yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Suarah Sri Aman, malam semalam. Foto: Adi Safarman

​Teks ucapan Premier Sarawak tersebut telah dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato’ Sri Julaihi Narawi. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

​Dalam ucapan tersebut, Abang Johari turut memberi jaminan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa menyediakan pelbagai inisiatif strategik bagi menyokong penglibatan anak perantau dalam agenda pembangunan arus perdana negeri.

​Inisiatif tersebut merangkumi usaha memperkukuh ekonomi digital, memperkasakan sektor tenaga boleh diperbaharui, serta merancakkan pembangunan industri bernilai tinggi yang memerlukan input daripada tenaga pakar.

​Beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran yang kondusif di Sarawak supaya anak perantau mempunyai pilihan serta platform yang kukuh untuk kembali menabur bakti kepada tanah air sendiri.

​Kerajaan Sarawak kekal komited untuk menjadikan sektor ekonomi digital dan tenaga hijau sebagai pemacu pertumbuhan masa depan, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

​Selain aspek ekonomi, pembangunan modal insan terus menjadi keutamaan kerajaan melalui peluasan akses pendidikan berkualiti dan penciptaan peluang pekerjaan dalam industri baharu yang kian berkembang pesat di negeri ini.

​Langkah ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, sekali gus memastikan ekosistem negeri terus berdaya saing bagi menarik kepulangan bakat-bakat Sarawak dari luar demi masa depan yang lebih gemilang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja berpasukan asas kejayaan kepimpinan berkesan dalam JCI Sarikei
Next: Pembinaan jalan baharu sepanjang 6.25 kilometer memendekan perjalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.