Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembayaran SST bukti perjuangan GPS
  • TEMPATAN

Pembayaran SST bukti perjuangan GPS

Utusan Sarawak 5 years ago
FAZZRUDIN Abd Rahman

KUCHING: Pembayaran hasil Cukai Jualan Negeri (SST) oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada Kerajaan Negeri Sarawak membuktikan perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama ini bukan sekadar ‘omong kosong’ seperti dakwaan pembangkang.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Fazzrudin Abd Rahman berkata, penyerahan cek hasil SST berjumlah RM2,956,671,407.36 daripada Petronas  kepada Kerajaan Negeri adalah bukti kejayaan perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Ia juga bukti kesungguhan pucuk kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak.

“Ini merupakan manifestasi keikhlasan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas dalam menyelesaikan isu berkenaan secara baik dan saksama, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Sarawak,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu menambah, pembayaran SST akan membawa manfaat besar kepada Sarawak dengan pendapatan negeri ini dijangka meningkat empat kali ganda daripada dahulu dan pendapatan ini boleh disalurkan bagi tujuan pembangunan di seluruh Sarawak.

“Kesungguhan GPS dalam memperjuangkan hak cukai minyak dan gas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ini turut menyaksikan Kerajaan Negeri dibawa ke Mahkamah sebelum ini.

“Namun akhirnya Sarawak menang dalam memperjuangkan hak rakyat dan negeri ini selepas semua pihak akhirnya mengambil sikap ‘menang-menang’ kerana konfrontasi yang berterusan akan membawa kerugian kepada semua.

“Terimakasih Ketua Menteri kerana kesungguhan dan komitmen padu dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana memberikan komitmen untuk menjelaskan SST lima peratus kepada Kerajaan Negeri dan mengiktiraf hak Sarawak bagi mengenakan cukai jualan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan berdasarkan ordinan.

“Terima kasih Perdana Menteri yang memahami aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak serta sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak.

“GPS akan terus komited dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak bagi memastikan semua hak-hak yang telah terhakis dikembalikan kepada negeri Sarawak,” tambahnya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Garis panduan tatacara masuk Sarawak
Next: Nelayan maut bot dinaiki karam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.