Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangunan teliti kekalkan keunikan kampung
  • TEMPATAN

Pembangunan teliti kekalkan keunikan kampung

Utusan Sarawak 5 years ago
DR. HAZLAND ABANG HIPNI

KUCHING: Pembangunan di Kampung Tabuan Haji Drahman 1 perlu dilakukan dengan penuh teliti bagi mengekalkan keunikan kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, bukan mudah untuk membangunkan sebuah kampung tradisi yang terletak di kawasan bandar dan ia amat memerlukan perhatian serta perbincangan yang berterusan.

“Untuk itu, setiap perancangan pembangunan di kampung ini perlu dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor supaya pembangunan yang diadakan ini selari dengan keperluan dan kepentingan penduduk.

“Berbeza dengan kampung-kampung yang lain dalam kawasan DUN Demak Laut, Kampung Tabuan Haji Drahman 1 ini sangat unik kerana merupakan kampung tradisi dan terletak di dalam kawasan bandar,” katanya selepas mempengerusikan Dialog Isu-Isu Semasa Kampung dan Persiapan Pilihan Raya Untuk Kepimpinan Tertinggi Kampung Tabuan Haji Drahman 1 baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, kampung ini terhad dari segi kawasan penempatannya yang berdekatan dengan kawasan perkilangan.

“Namun, ia tidak menghalang untuk Kampung Tabuan Haji Drahman 1 ini untuk terus menikmati pembangunan dan sosioekonomi menerusi perancangan yang rapi dan tersusun,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun kawasan penempatan penduduk Kampung Tabuan Haji Drahman 1 itu terhad, namun penduduk di situ perlu juga menerima pembangunan selari dengan keadaan semasa dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

“Penduduk mahu mereka juga turut sama menikmati pembangunan dari segi fizikal, infrastruktur dan ekonomi seperti kampung-kampung lain di DUN Demak Laut.

“Untuk itu, beberapa isu setempat di peringkat kampung telah dibincangkan secara panjang lebar seperti kemudahan infrastruktur, dewan serbaguna, gelanggang futsal, kebajikan dan pembangunan sosioekonomi.

“Tindakan susulan terhadap beberapa keputusan telah pun dicapai dan diatur selepas mendapat persetujuan daripada penduduk,” jelasnya.

Menerusi pendekatan perbincangan terus bersama kepimpinan tertinggi kampung, Dr. Hazland mahu melihat Kampung Tabuan Haji Drahman 1 ini terus maju dan menjadi antara kampung tradisi terbaik di tengah bandar di Sarawak.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Program LEADS bantu penduduk celik huruf
Next: Operasi SAR warganegara India lemas diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.