Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangunan infrastruktur luar bandar diutamakan
  • TEMPATAN

Pembangunan infrastruktur luar bandar diutamakan

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Julaihi Narawi merakam kenangan selepas majlis perasmian jalan kampung bagi Kampung Sungai Rama-Kampung Mambai di Sebuyau, kelmarin.

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak akan terus memberi fokus terhadap pembangunan infrastruktur terutamanya di luar bandar, kata Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata, di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) banyak projek pembangunan infrastuktur seperti pembinaan jalan, jambatan, bekalan api dan air, sekolah, gelanggang futsal dan pelbagai keperluan lain telah diberi fokus oleh pihak kerajaan.

“Pembangunan yang dibawa bukanlah omong kosong kerana kerajaan GPS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari yang amat memahami keperluan masyarakat di luar bandar,” katanya selepas majlis perasmian jalan kampung bagi Kampung Sungai Rama-Kampung Mambai di Sebuyau, kelmarin.

Sementara itu, dua jalan kampung yang dibina sepanjang 2,190 meter dengan kos sebanyak RM2.2 juta dibawah peruntukan kerajaan Sarawak itu akan dilaksanakan melalui tiga fasa.

Pada majlis yang sama Julaihi turut mengumumkan geran sebanyak RM5,000 untuk setiap satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Mambai dan JKKK Sungai Rama.

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Ajis Ahmad; Tuai Rumah Kampung Mambai TR Aden Teruki dan Kampung Sungai Rama TR Munsang Jeti, Penghulu Agu Kaleng, Penghulu Merum Babu serta pemimpin-pemimpin tempatan dari sekitar Sebuyau.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Lima rumah ibadat terima dana UNIFOR
Next: Turun padang tinjau projek rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.