Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemangku Presiden Korea Selatan ikrar tadbir urus stabil menjelang pilihan raya
  • TEMPATAN

Pemangku Presiden Korea Selatan ikrar tadbir urus stabil menjelang pilihan raya

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PRESIDEN Korea Selatan Lee Ju Ho

SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan Lee Ju Ho pada Jumaat berikrar untuk memastikan tadbir urus yang stabil dan pengurusan pilihan raya presiden pada 3 Jun dilaksanakan secara adil, lapor agensi berita Yonhap.

Lee, yang turut memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sosial merangkap Menteri Pendidikan, mengambil alih jawatan pemangku presiden susulan peletakan jawatan Pemangku Presiden sebelum ini Han Duck Soo dan Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi Choi Sang Mok pada Khamis.

Menurut Lee, beliau akan memberi keutamaan kepada komunikasi erat dengan Parlimen dan perbincangan menyeluruh bersama anggota Kabinet untuk menangani kebimbangan mengenai kemungkinan wujud kekosongan kepimpinan dalam aspek diplomasi, keselamatan dan perdagangan.
— Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM4.6 bilion tangani isu ases air bersih – Julaihi
Next: Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.