Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelihara keharmonian sebagai warisan membanggakan  
  • Utara
  • WILAYAH

Pelihara keharmonian sebagai warisan membanggakan  

Utusan Sarawak 3 months ago
MENGUNJUNGI… Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin beramah  mesra  bersama  peniaga di  Bazar Ramadan di Emart Riam, kelmarin. 

MIRI: Bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah, tetapi juga platform yang menyatukan masyarakat dalam semangat kebersamaan dan keharmonian.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata,  Bazar Ramadan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum yang bersama-sama menikmati kemeriahan suasana menjelang berbuka puasa.

“Keadaan ini jelas membuktikan bahawa keharmonian dan perpaduan tetap menjadi asas kehidupan rakyat di negeri ini.

“Keharmonian yang dinikmati hari ini harus terus dipelihara sebagai satu warisan yang membanggakan,” katanya.

Kim  Shin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian  selepas  mengunjungi  Bazar Ramadan di Emart Riam, kelmarin.

Dalam kunjungan  itu, Kim Shin mengambil kesempatan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung serta menyokong usahawan kecil dengan membeli pelbagai juadah tempatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau dua kawasan rendah berisiko banjir
Next: Kontraktor dipilih harus siap projek ikut jadual dalam tawaran tender

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.