Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelantikan ahli majlis daerah langkah strategik perkukuh perkhidmatan kerajaan – Dr Sim
  • TEMPATAN

Pelantikan ahli majlis daerah langkah strategik perkukuh perkhidmatan kerajaan – Dr Sim

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian, Billy Sujang, dan Azizul Annuar Adenan merakam kenangan bersama seramai 32 individu telah mengangkat sumpah sebagai ahli majlis bagi sesi perkhidmatan bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028, hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Pelantikan ahli majlis daerah disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung dan berkesan kepada rakyat, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, ahli majlis merupakan barisan paling hampir dengan masyarakat dan memainkan peranan penting dalam menyuarakan aspirasi komuniti kepada kerajaan negeri.

“Ahli majlis sering menjadi cerminan awal kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Lundu yang berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini.

Memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), seramai 32 individu telah mengangkat sumpah sebagai ahli majlis bagi sesi perkhidmatan bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Pelantikan ini dijangka membawa nafas baharu kepada landskap tadbir urus tempatan yang lebih dinamik dan berpaksikan keperluan rakyat.

Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menjelaskan bahawa tugas ahli majlis bukan sekadar melibatkan urusan pentadbiran harian, malah turut merangkumi peranan dalam merangka dasar dan menggubal peraturan kecil yang memberi kesan langsung kepada penduduk setempat.

Beliau turut menggesa komuniti agar lebih mengenali ahli majlis mereka, sebagaimana mereka mengenali wakil rakyat, bagi memupuk kerjasama dua hala yang lebih erat dan berkesan.

“Kerjasama ini penting bagi mempercepatkan penyelesaian isu-isu tempatan dan memastikan setiap aduan rakyat diberi perhatian sewajarnya,” tambah beliau.

Jelasnya lagi, ahli majlis bukan sahaja terlibat dalam proses membuat keputusan, malah berperanan sebagai pengantara, pendengar setia dan penggerak dasar penting dalam merealisasikan matlamat pembangunan kerajaan negeri.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang dan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Pelantikan baharu ini dijangka dapat memperkukuh struktur penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi, selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk membina sebuah negeri yang inklusif dan berdaya tahan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SSLR1 Fasa 1 catat 49.98 peratus kemajuan, siap sepenuhnya menjelang 2026
Next: MPP forms smart & sustainable city committee for 2025–2028 term

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.