Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelan utama Belaga diumumkan
  • TEMPATAN

Pelan utama Belaga diumumkan

Utusan Sarawak 5 years ago
DEMI PEMBANGUNAN… Abang Johari bersama masyarakat tempatan pada Majlis Pecah Tanah Masjid Daerah Belaga dan Perasmian Waterfront Belaga. • Foto PENERANGAN

BELAGA: Daerah Belaga akan terus dibangunkan dengan kerjasama erat rakyat bersama pemimpin di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Pekan Belaga akan dibangunkan dengan adanya Belaga Town Square nanti.

“Kita akan bangunkan Belaga Town Square tetapi apa yang perlu ialah sebelum ini saya datang datang ke Belaga tidaklah seperti ini ini kerana banyak perubahan pembangunan telah berlaku di di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Masjid Daerah Belaga dan Perasmian Waterfront Belaga bertempat di Dataran Belaga, semalam.

Menurutnya, pelbagai pembangunan yang dibawa ke Belaga termasuklah keperluan infrastruktur untuk keperluan rakyat.

“Saya telah naik motosikal dari Kapit ke Nanga Mujung dua minggu lepas dan niat saya hendak naik motosikal dari Kapit ke Belaga”

“Ini bermakna, ia menggambarkan kita hendak membina jalan raya dari Kapit terus ke Belaga” ujarnya.

Tambahnya, pembinaan jalan tersebut juga akan dihubungkan terus ke Bintulu dengan jaringan jalan raya tersebut nanti  bakal menjadi Belaga teletak di tengah-tengah pembangunan iaitu antara Bintulu dan Kapit.

“Kita akan menambah tempat niaga yang disusun dengan baik seterusnya ditambah dengan Belaga Town Square dan ini adalah perancangan kita,” katanya.

Jelas beliau, Sarawak akan terus menikmati pembangunan berterusan di bawah sebuah kerajaan yang stabil.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: GPS jaga hak rakyat Sarawak
Next: Kerajaan Sarawak usaha cari dana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.