Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelan hala tuju gas Sarawak pacu masa depan mampan – Julaihi
  • SEMASA

Pelan hala tuju gas Sarawak pacu masa depan mampan – Julaihi

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pelan Hala Tuju Gas Sarawak di Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Pelancaran Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) dan Hab Rendah Karbon Kuching adalah langkah berani dalam perjalanan Sarawak menuju kepemimpinan dalam tenaga mampan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek-projek ini bertujuan untuk memanfaatkan sumber gas asli Sarawak sebagai pemacu kemajuan ekonomi serta asas dalam usaha peralihan tenaga dan pengurangan karbon.

Katanya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) memainkan peranan penting dalam perjalanan ini dengan menggerakkan sumber semula jadi bagi memacu Sarawak dan rantau ini ke arah masa depan yang mampan.

“Pelan Hala Tuju Gas Sarawak mencerminkan kepimpinan berwawasan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beliau merangka pelan untuk mengubah sumber gas asli kita menjadi enjin pertumbuhan ekonomi, sambil memastikan kemajuan ekonomi berjalan seiring dengan tanggungjawab alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pelan Hala Tuju Gas Sarawak di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut menekankan penubuhan empat hab gas strategik di Miri, Samalaju, Bintulu, dan Kuching sebagai elemen penting dalam strategi tenaga negeri untuk menarik pelaburan, mendorong pertumbuhan industri, dan mencipta peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

“Melalui hab dan projek infrastruktur yang sedang dijlankan termasuk Loji Janakuasa Turbin Gas Gabungan (CCGT) 500MW Miri dan projek Gas ke Bintulu, kita sedang membuka laluan untuk menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga serantau,” katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa Sarawak melalui kementeriannya serta Petros akan terus menguruskan sumber semula jadi dengan cara yang mampan, melabur dalam pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur gas yang kritikal di seluruh Sarawak.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Sarawak bangun empat tapak simpanan karbon menjelang 2030
Next: Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.