Pelakon wanita, suami turut disiasat tipu tawaran darjah kebesaran

Facebook
WhatsApp
SEORANG pelakon wanita dan suaminya yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah, kini disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri. Foto Bernama.

SEREMBAN: Pelakon wanita dan suami yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah, kini disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri yang tidak wujud melibatkan kerugian RM23,120.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Disember tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk”.

“Dia kemudian membuat transaksi pembayaran sebanyak enam kali bermula Januari hingga November 2025 membabitkan jumlah tersebut sebelum menyedari ditipu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.- Bernama

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari