Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
  • HIBURAN

Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 months ago
PELAKON Johan Abdullah.

SEREMBAN: Pelakon Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, malam tadi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Isterinya Sarepah Meriam Aboo, 51, ketika dihubungi berkata suaminya meninggal dunia ketika dirawat di HTJ selepas mengadu kesukaran untuk bernafas sejak petang.

“Sejak petang nafasnya terasa pendek dan tersekat-sekat, kemudian jiran membantu dengan menelefon ambulans untuk bawa suami ke hospital…pada bulan Julai lepas, suami saya dimasukkan ke HTJ selama 12 hari akibat keradangan usus,” katanya.

Sarepah Meriam berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale pagi ini.

Allahyarham Johan sering memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan lakonannya.

Arwah meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Abdullah Musa, 13, dan Orchid Raihani, 8. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Imaginur filem terbaik FFM33
Next: Penyanyi 60-an, Aspalela Abdullah meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.