Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar komputer sains UTP raih pelbagai anugerah di pertandingan kelestarian global
  • PENDIDIKAN

Pelajar komputer sains UTP raih pelbagai anugerah di pertandingan kelestarian global

Utusan Sarawak 6 hours ago
FOTO Universiti Teknologi Petronas (UTP)

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) memperkukuh kedudukan di peringkat global berikutan kejayaan pelajarnya merangkul pelbagai anugerah dalam Accounting for Sustainability International Case Competition 2026 (A4SICC 2026).

Dalam kenyataan hari ini, UTP memaklumkan pasukan mewakili universiti itu, ECOETIC, terdiri daripada pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains, merangkul anugerah Anugerah Pasukan Terbaik Di Bawah Tekanan serta Anugerah Pilihan Orang Ramai (Undian Global). 

Pasukan itu dianggotai oleh Batrisyia Azhar, Nur Iffah Batrisyia Sani, Ahmad Ammir Harees Ahmad Azimi, Nur Amalia Izzati Mohamad Azni, dan Aerill Danial Ronalan.

“ECOETIC turut mara ke peringkat separuh akhir, meletakkan UTP dalam kalangan kumpulan universiti yang disenarai pendek di platform antarabangsa yang sangat kompetitif ini,” menurut kenyataan itu. 

Dalam satu lagi pencapaian membanggakan, pasukan DOMO, yang turut diwakili Nur Amalia Izzati, memenangi Anugerah Simulasi Perakaunan Bissim Terbaik, sekali gus menyerlahkan prestasi cemerlang UTP merentasi pelbagai kategori pertandingan.

“Pada pertandingan ini, pelajar dicabar untuk menangani isu kelestarian yang kompleks melalui simulasi perniagaan yang mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar, sosial dan kewangan, mensimulasikan proses membuat keputusan peringkat lembaga pengarah di bawah kekangan masa dan maklumat yang terhad.

“Pasukan UTP telah mencadangkan penyelesaian berteraskan pendekatan berasaskan alam semula jadi untuk memperkukuh daya tahan infrastruktur dan kelestarian alam sekitar, satu bidang yang semakin penting di peringkat global,” menurut kenyataan itu. 

Menurut UTP, pencapaian itu adalah hasil daripada persediaan yang tersusun hampir lapan bulan, yang dalam tempoh itu pelajar menjalankan penyelidikan mendalam berkait kelestarian, membangunkan kes perniagaan berdaya maju dari segi kewangan, serta melakukan beberapa pusingan latihan simulasi dan bimbingan. 

Pasukan berkenaan dibimbing oleh penasihat terdiri daripada M. Thavasegaran, Dr Savita K. Sugathan, dan Juliana Abu Bakar, yang memberikan panduan dari sudut akademik dan strategi sepanjang fasa persediaan dan pertandingan. 

Dalam kenyataan sama, mewakili pasukan ECOETIC, Batrisyia berkata bertanding di pentas global amat mencabar namun pengalaman serta pendedahan yang diperoleh setiap ahli pasukan sangat bernilai kerana ia mendorong mereka mengintegrasikan pertimbangan kelestarian dengan analisis teknikal, di samping bekerja secara berkesan dalam tempoh masa singkat dan situasi membuat keputusan dalam dunia sebenar.

UTP turut memaklumkan perserta A4SICC 2026 dinilai berasaskan kejelasan strategi, impak kelestarian, kebolehlaksanaan kewangan, pertimbangan pihak berkepentingan, serta keberkesanan komunikasi di bawah tekanan.

“Pertandingan ini menghimpunkan 535 pelajar dari 89 universiti di 31 negara, dengan UTP bersaing bersama institusi terkemuka dunia di platform antarabangsa yang sangat kempetitif.

“Pencapaian ini mencerminkan pendekatan UTP terhadap pembelajaran pelbagai disiplin dan pendidikan yang berkait rapat dengan industri untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan kepakaran teknikal mereka dalam menangani cabaran berfokuskan kelestarian sejak peringkat awal pengajian lagi,” menurut universiti itu.

UTP turut merakamkan penghargaan atas sokongan pasukan Kelestarian Korporat Petronas, termasuk Charlotte Wolff-Bye, Siti Rafidah Moslim, Wan Nurul Izza, dan Yap Hee Loong, yang sumbangan mereka telah memperkukuh persediaan pasukan dan memberi pendedahan kepada industri. – Bernama

Continue Reading

Previous: Insentif RM44,100 hargai 123 pelajar cemerlang SPM SMK Methodist
Next: Akademik Swinburne perjuang keterangkuman STEM di forum antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.