Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pelajar IKM maut, kemalangan motosikal-lori di Samarahan
  • KEMALANGAN

Pelajar IKM maut, kemalangan motosikal-lori di Samarahan

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEMALANGAN… Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan bertembung dengan lori di Jalan Kota Samarahan–Asajaya, semalam. Foto IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan bertembung dengan lori di Jalan Kota Samarahan–Asajaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Barry William berkata, kejadian berlaku di KM22 Jalan Kota Samarahan-Asajaya kira-kira 4.00 petang.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati lori berkenaan sedang bergerak dari arah Sebuyau menuju ke Kampung Endap sebelum motosikal mangsa tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Mangsa yang berasal dari Sadong Jaya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Barry berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.

Tiada kesesakan trafik dilaporkan berikutan kejadian itu kerana berlaku di luar waktu puncak.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kereta dipandu warga emas rempuh premis, dua cedera ringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.