Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelajar cemerlang bawa barang dalam guni daftar pengajian di UMS, dibantu
  • NASIONAL

Pelajar cemerlang bawa barang dalam guni daftar pengajian di UMS, dibantu

Utusan Sarawak 8 months ago

Kredit FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR: Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, beliau telah menghubungi remaja berkenaan Rafida Zaiddin dan telah menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.

“Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS. Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya.

Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

“Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tidak rasmi: BN menang PRK DUN Mahkota, majoriti lebih besar
Next: Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA – CUEPACS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.