Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pekerja binaan jambatan maut dirempuh lori di Jalan Serdeng
  • KEMALANGAN

Pekerja binaan jambatan maut dirempuh lori di Jalan Serdeng

Utusan Sarawak 6 hours ago
MANGSA disahkan meninggal dunia di Jalan Serdeng berhampiran simpang Kampung Jaluh Baru, pagi tadi. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Pekerja binaan jambatan warga Bangladesh maut selepas dirempuh lori dalam kejadian kemalangan di Jalan Serdeng berhampiran simpang Kampung Jaluh Baru, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, mangsa dikenali sebagai Md Fazlur Rahman, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Mangsa, seorang pejalan kaki lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Fazlur Rahman, 40, yang bekerja sebagai buruh binaan jambatan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang bergerak dari arah Semop menuju ke arah Sibu telah sampai di tempat kejadian sebelum pejalan kaki yang berada di bahu jalan sebelah kiri bertindak melintas jalan secara mengejut.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar pejalan kaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 8.50 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan yang dialami.

“Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

“Pihak kedutaan Bangladesh turut telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.

“Selain itu, pengurus syarikat di tempat mangsa bekerja juga telah hadir ke balai polis bagi membantu urusan dan siasatan lanjut. Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan,” katanya.

Tambahnya, difahamkan mangsa telah bekerja sebagai buruh binaan jambatan lebih setahun di sini.

Beliau turut menggesa orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, memandu secara berhemah, mengawal had laju serta sentiasa peka terhadap keadaan persekitaran jalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera dapur meletup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.