Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pekebun didakwa bunuh teman wanita
  • NASIONAL

Pekebun didakwa bunuh teman wanita

Utusan Sarawak 5 years ago

MELAKA, 22 Sept -- Pekebun Lo Kui Khiong, 54, (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanita warga Indonesia, awal bulan ini.
Tertuduh didakwa membunuh Rohimah, 40, di sebuah rumah tidak bernombor di kebun durian Lot 1136 Mukim Tanjung Minyak, Taman Bertam Impian di sini, pada 12.30 tengah malam, 7 Sept lepas. 
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEKEBUN Lo Kui Khiong, 54, (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh teman wanita warga Indonesia, awal bulan ini.• Foto BERNAMA

MELAKA: Seorang pekebun yang dituduh membunuh teman wanita warga Indonesia awal bulan ini, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Lo Kui Khiong, 54, mengangguk faham, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan, kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki yang beralamat di Sarawak itu, didakwa membunuh Rohimah, 40, di sebuah rumah tidak bernombor di kebun durian Lot 1136 Mukim Tanjung Minyak, Taman Bertam Impian di sini, pada 12.30 tengah malam, 7 September lepas.

Bapa dua anak itu yang hanya duduk di dalam kandang tertuduh kerana sakit gout, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 November depan untuk sebutan semula kes, bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia mahu perubahan pada PBB tamatkan konflik
Next: Bayi perempuan ditinggalkan di tepi jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.