

MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar.
KOTA PADAWAN: Sebuah kemalangan maut berlaku kira-kira 7.00 malam tadi di Jalan Kampung Mambong berhampiran kawasan Seratau, mengakibatkan seorang pejalan kaki meninggal dunia.
Ketua Polis Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mengesahkan mangsa sedang menyeberang jalan ketika dilanggar sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki.
Pejalan kaki berusia 55 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan.
Polis dan paramedik yang hadir mengesahkan kematian mangsa, manakala pemandu kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan cuai atau berbahaya.
Oleh Connie Chieng