Pemandu cedera kemalangan lori di Lundu

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan seorang lelaki yang cedera selepas lori tiga tan dipandunya terbabas ke dalam semak di Felda Sempadi 4, Lundu. Foto BBP Lundu

LUNDU: Seorang lelaki berusia 40 tahun cedera selepas lori tiga tan yang dipandunya terbabas ke dalam semak di kawasan Felda Sempadi 4, di sini, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.09 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian pada 12.48 tengah hari, didapati kemalangan melibatkan lori tiga tan yang terbabas ke dalam semak. 

“Seorang mangsa lelaki dewasa tidak dapat keluar sendiri akibat mengalami kesakitan di bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LORI tiga tan yang dipandu mangsa dilaporkan terbabas ke dalam semak sebelum diselamatkan pasukan bomba. Foto BBP Lundu
 

Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan size up dan mengeluarkan mangsa menggunakan papan kecemasan sebelum menghantarnya ke Hospital Lundu dengan menaiki jentera EMRS.

Operasi penyelamatan diketuai Komander Operasi, Khaizul Buang bersama anggota BBP Lundu dan ditamatkan sepenuhnya 1.00 petang setelah keadaan disahkan selamat.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos