Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Peguambela mohon siasatan baharu dijalankan
  • GLOBAL

Peguambela mohon siasatan baharu dijalankan

Utusan Sarawak 5 years ago
EMPAT defendan dalam kes ini adalah tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine.• Foto AFP

AMSTERDAM: Peguambela salah seorang tertuduh memohon siasatan baharu dijalankan ke atas nahas MH17.

Ini termasuk pemeriksaan semula senario nahas dan temu bual saksi.

Peguambela Oleg Pulatov, Boudewijn Van Eijck berkata permohonan dibuat atas alasan lokasi nahas, yang mengumpulkan bukti kejadian, mungkin dimanipulasi.

“Adalah mustahil untuk menjalankan siasatan forensik di lokasi nahas.

“Pendakwa raya tidak mampu menutup lokasi nahas dari dunia luar.

“Selama hampir empat bulan selepas nahas, lokasi nahas tidak terusik.

“Ini bermakna adalah tidak boleh dikecualikan bahaya bukti mungkin hilang, dimanipulasi dan mungkin dirancang diletakkan di situ,” katanya.

Empat defendan dalam kes ini adalah tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine.

Mereka terdiri daripada Sergey Dubinsky, Oleg Pulatov, Igor Girkin, dan Leonid Kharchenko. Keempat-empat mereka didakwa dengan pembunuhan dan menyebabkan nahas MH17.

Menurut pendakwaraya, defendan membantu menguruskan sistem peluru berpandu Rusia untuk menembak jatuh pesawat malang itu.

Pulatov tidak hadir ke mahkamah, namun melantik peguam bagi mewakilinya.

Sementara tiga lagi tertuduh dibicara tanpa kehadiran mereka.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang dalam ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014.

Nahas mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal. – AFP

Continue Reading

Previous: Cubaan tumbangkan tugu ikonik di luar Rumah Putih
Next: 9 masih hilang insiden bot terbalik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.