Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pedro Rodriguez sertai A.S. Roma
  • SUKAN

Pedro Rodriguez sertai A.S. Roma

Utusan Sarawak 5 years ago
SAINGAN… Pemain tengah Chelsea, Pedro (kiri) bersaing dengan pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan semasa saingan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Manchester City di Stamford Bridge di London pada 25 Jun 2020. • Foto AFP

PENYERANG dari Sepanyol Pedro Rodriguez pada Selasa sah menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab Serie A Itali, A.S. Roma setelah meninggalkan Chelsea dengan perpindahan percuma.

Bekas pemenang Piala Dunia bersama skuad Sepanyol berusia 33 tahun itu menjadi pemain pertama ditandatagani oleh kelab itali itu bagi jendela perpindahan musim panas yang berlansung hingga Jun 2023.

“Saya gembira berada di sini di Roma,” kata Pedro. “Saya gembira dengan cabaran ini dan bersaing untuk mencapai sasaran kami pada musim akan datang.”

Bekas penyerang Barcelona dan Chelsea itu telah memenangi 25 trofi utama dalam kariernya termasuk Liga Juara-Juara, Liga Europa, Liga Perdana dan La Liga.

Dia membuat 65 penampilan untuk Sepanyol, menjaringkan 17 gol, memenangi Piala Dunia pada tahun 2010 dan Kejuaraan Eropah pada tahun 2012.

“Ini satu keistimewaan bagi kami untuk dapat menyambut pemain berkualiti seperti Pedro dalam keluarga besar Roma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Roma, Guido Fienga.

Pedro menghabiskan lima musim terakhir di Chelsea, membantu kelab tersebut menjuarai Liga Perdana, Piala FA dan Liga Europa dalam jangka masa tersebut.

Dia memulakan karier seniornya di Barcelona yang mana dia memenangi treble dua kali dan Liga Juara-Juara tiga kali serta menjaringkan gol di final 2011.

Roma menduduki tempat kelima di Serie A musim lalu dengan kempen baharu yang akan bermula pada 19 September ini.-AFP

Continue Reading

Previous: ASUM bantu impian Olimpik Jinq En
Next: Abdul Rahman dilantik Presiden Kehormat SGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.