Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal keselamatan sidang kemuncak ASEAN
  • NASIONAL

PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal keselamatan sidang kemuncak ASEAN

Utusan Sarawak 11 hours ago
KETUA Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan hampir 6,200 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain berkata tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dipertingkat menerusi beberapa siri latihan termasuk Ex Rimau ASEAN pada Februari lalu dan penglibatan dalam Ex ASEAN anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung dari 5 hingga 7 Mei lepas.

“PDRM berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya. Latihan yang dilaksanakan merangkumi kawalan konvoi orang kenamaan (motorcade), pengurusan rusuhan awam, pengendalian ancaman bahan letupan serta tindakan balas terhadap serangan pengganas.

“Pasukan elit seperti Unit Tindakhas dan 69 Komando juga telah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan pada bila-bila masa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Razarudin berkata meskipun tiada ancaman keselamatan dikesan setakat ini, PDRM tetap mengambil pendekatan berwaspada dengan merujuk kepada insiden-insiden yang pernah berlaku semasa persidangan antarabangsa sebelum ini.

 “PDRM juga peka terhadap isu-isu politik dan keselamatan melibatkan negara-negara ASEAN serta rakan-rakan dialog ASEAN. Pemantauan rapi sentiasa dijalankan bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan impak yang boleh menjejaskan keselamatan persidangan,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan keselamatan menyeluruh, PDRM turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi keselamatan swasta.

Razarudin berkata selain lokasi utama persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kontinjen PDRM di negeri-negeri terlibat dengan program sampingan seperti di Terengganu, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi turut diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

“Lazimnya, delegasi luar bukan sahaja menghadiri mesyuarat rasmi, malah turut melawat lokasi-lokasi pelancongan utama. Justeru, PDRM akan memastikan pemantauan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai berada di tahap tertinggi sepanjang tempoh persidangan,” katanya.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MHRS pacu infrastruktur mobiliti hidrogen – Chang  
Next: PLKN Siri 2/2025 bermula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.