Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM tarik balik sekatan jalan raya
  • NASIONAL

PDRM tarik balik sekatan jalan raya

Utusan Sarawak 5 years ago
MESKIPUN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membantu PDRM dalam membuat pemantauan sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan.

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menarik balik semua sekatan jalan raya kecuali di kawasan lorong tikus bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI). 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, Op Benteng diteruskan bagi memastikan cubaan menceroboh masuk oleh PATI ke negara ini dapat dipatahkan.

“Bermula hari ini, tiada lagi sekatan jalan raya… bagaimanapun Op Benteng tetap akan diteruskan,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini.

Ismail Sabri berkata meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membantu PDRM dalam membuat pemantauan sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan.

“ATM akan terus membantu PDRM ketika ini kerana mereka turut terlibat dalam pasukan petugas operasi pematuhan. Fokus tugasan mereka sekarang kepada pematuhan SOP seperti di pasar awam dan pasar malam,” katanya.

PKPB yang berakhir semalam menyaksikan PDRM menahan 26 individu selain mengeluarkan 57 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana ingkar PKPB.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PDRM menjangka bilangan kenderaan di lebuh raya utama akan meningkat pada Jumaat hingga Ahad ini, berikutan orang ramai akan mengambil peluang pulang ke kampung halaman.

Justeru, Ismail Sabri menasihati orang ramai yang pulang ke kampung supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

“Aliran trafik di lebuh raya dan jalan utama seluruh Malaysia masih lancar setakat semalam. Bagaimanapun, peningkatan dijangkakan pada Jumaat hingga Ahad ini. Orang ramai diminta berhati-hati bagi mengelak kemalangan,” katanya.

Beliau berkata PDRM akan terus memantau tahap pematuhan SOP di kawasan tumpuan orang ramai termasuk di R&R dalam tempoh PKPP. — Bernama

Continue Reading

Previous: Agong kurnia sumbangan pada komuniti gelandangan
Next: Agong berkenan terima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.