Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM optimis aset bekas peguam 1MDB dapat dipulangkan
  • JENAYAH

PDRM optimis aset bekas peguam 1MDB dapat dipulangkan

Utusan Sarawak 2 years ago
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (tengah) bergambar sebelum melakukan ‘flag off’ Kapcai Ride Anti Scam JSJK 2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) KL yang disertai seramai 65 orang penunggang motosikal, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk membawa pulang aset dipercayai milik bekas peguam 1Malaysia  Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan bernilai RM93.2 juta yang dikaitkan dengan dana 1MDB, menerima respons baik daripada pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis optimis aset berkenaan akan dapat dipulangkan kepada negara.

Beliau berkata, permohonan membawa pulang aset berkenaan juga datang daripada pihak Loo sendiri.

“Permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan telah dihantar kepada pihak berkuasa negara-negara terlibat antaranya Singapura dan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kapcai Ride Anti Scam JSJK di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Loo, bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB yang dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB, ditahan pada 7 Julai lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa, Ramli berkata siasatan kes berkenaan masih di peringkat awal.

Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbillion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas PDRM bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ng daripada empat pertuduhan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jurutera tempatan lesap RM128,000 kena ‘scam’
Next: Najib terima RM2.08 bilion wang haram syarikat pelaburan Tanore

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.