Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM guna helikopter hantar bekalan makanan ke lokasi terputus hubungan darat
  • TEMPATAN

PDRM guna helikopter hantar bekalan makanan ke lokasi terputus hubungan darat

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak menerusi Pasukan Gerakan Udara melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan terpencil yang terputus hubungan di Daerah Tatau dan Bintulu.

Menurut satu kenyataan PDRM Kontinjen Sarawak, misi bantuan tersebut melibatkan kekuatan seorang pegawai, dua anggota, dan tiga pegawai awam, dengan jumlah keseluruhan bekalan makanan dihantar seberat 20,394 kilogram.

Antara kawasan yang menerima bantuan adalah Nanga Tau di Kem Masama Shin Yang, Penyarai di Rumah Michael Kuang, Kakus di Rumah Robert Nuing, Ulu Anap di Kem Belawit, dan Long Beyak di Long Beyak, Tapak Baru.

Penghantaran bekalan makanan di semua kawasan yang terjejas dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Continue Reading

Previous: Banjir: Empat lokasi Pan Borneo terjejas – Serian, Selangau, Bakun, Pujut – Nanta
Next: Bomba kerah anggota tambahan ke Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.