Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PBTPay normal baharu pembayaran cukai taksiran
  • NASIONAL

PBTPay normal baharu pembayaran cukai taksiran

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 12 Mei -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin ketika sidang media selepas melancarkan PBTPay https://pbtpay.kpkt.gov.my. di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini. KPKT melancarkan portal PBTPay yang membolehkan semakan dan transaksi cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan secara dalam talian. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA … Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin ketika sidang media selepas melancarkan PBTPay ttps://pbtpay.kpkt.gov.my. di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam.• Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam melancarkan portal PBTPay yang membolehkan semakan dan transaksi cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan secara dalam talian.  

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, melalui PBTPay yang membolehkan rakyat menyesuaikan diri dengan normal baharu, pembayar cukai taksiran tidak perlu lagi hadir ke kaunter bayaran PBT selain boleh membuat pembayaran di luar waktu pejabat.

Sebagai permulaan katanya, PBTPay hanya melibatkan 46 PBT sahaja dan antara PBT tersenarai ialah Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Kangar.

“Kita jangka semua PBT akan tersenarai di portal PBTPay secara berperingkat menjelang hujung tahun ini,” katanya    kepada pemberita selepas melancarkan PBTPay https://pbtpay.kpkt.gov.my.   di KPKT di sini semalam.

Menurut Zuraida, antara kelebihan portal PBTPay ialah mereka yang mempunyai hartanah di PBT berlainan di beberapa negeri boleh membayar cukai taksiran di satu portal itu sahaja.

Beliau berkata, kemudahan PBTPay akan diperluaskan   dengan memasukkan lain-lain modul pembayaran seperti kompaun, lesen dan lain-lain sistem di KPKT yang menggunakan kaedah pembayaran secara bersepadu. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jika langgar peraturan, PKP diperkenal semula?
Next: Kerajaan Kedah hilang majoriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.