Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBSM Miri sumbang 20 botol cecair sanitasi tangan
  • TEMPATAN

PBSM Miri sumbang 20 botol cecair sanitasi tangan

Utusan Sarawak 4 years ago
TINJAUAN… Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin semasa meninjau ruangan basin cuci tangan di SMK Lopeng Tengah Miri pada Rabu.

MIRI: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri telah menyampaikan dua kotak masing-masing berisi 20 botol cecair sanitasi tangan kepada Tabika Kemas Mohd. Amin di Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, pada Rabu.

Timbalan Pengerusi PBSM Daerah Miri, Datuk Lee Kim Shin memberitahu cecair sanitasi tangan ini merupakan sumbangan sebuah syarikat dari Jepun.

Lee yang juga Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri merakamkan ribuan terima kasih kepada syarikat berkenaan dan juga PBSM Cabang   Miri atas inisiatif dan misi kemanusiaan dalam mencegah Covid-19 dengan menyumbang sejumlah besar cecair sanitasi kepada agensi pendidikan dan kerajaan di Bahagian Miri.

Turut hadir dalam rombongan penyerahan cecair sanitasi tangan ialah Pengurus Pentadbiran PBSM Cabang Miri, Lui Yee Lan dan Pegawai Kemas Bahagian Miri Encik Josipah Sabas.

Dalam lawatan lain, Lee turut menyampaikan geran tahunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lopeng Tengah dan SM Riam Miri .

“Geran yang diperuntukkan kepada SMK Lopeng Tengah Miri adalah untuk menaiktarafkan kemudahan infrastruktur di sekolah supaya suasana belajar dapat dipertingkatkan.

“Contohnya, ruang basin cuci tangan untuk 19 orang sekali gus telah disediakan sebagai satu langkah menjaga kebersihan sendiri bagi murid untuk mencegah sebarang kuman dan virus,” kata Lee.

Manakala , katanya geran yang diserahkan kepada Lembaga Pengarah Riam Road Secondary School (RRSS) pula bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam menaik taraf kemudahan infrastruktur internet bagi pembelajaran dan pengajaran secara digital online serta kelengkapan prasarana sekolah.

“Contohnya, para guru telah menghadiri beberapa kursus yang berkaitan dengan bidang STEM dan juga pembelian perisian komputer and perkakasan koding dan lain-lain,”ujarnya.

Sementara itu, kedua-dua pihak sekolah tersebut merakamkan ribuan terima kasih kepada Datuk Lee kerana sentiasa peka dan membantu dengan sedaya upaya segala masalah dalam bidang pembangunan pendidikan selama ini.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa
Next: Pastikan Kerajaan Sarawak kekal stabil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.