Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBSM Miri kumpul 1,425 pain darah sepanjang PKP
  • TEMPATAN

PBSM Miri kumpul 1,425 pain darah sepanjang PKP

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH…Kaunselor Karambir Singh (kiri) merakam gambar kenangan bersama peserta kempen derma darah di Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri, semalam.

MIRI : Sebanyak 1, 425 pain darah telah berjaya dikumpulkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri  menerusi Kempen Derma Darah yang dijalankan  sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga semalam.

Pengerusi penganjur, Kauselor Karambir Singh berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 49 kempen telah dilaksanakan dan seramai 1,670 peserta telah mendaftar dengan hanya 1,425  pain darah berjaya dikumpul.

Katanya, menerusi kempen semalam, seramai 12 penderma baharu antara 61 peserta yang hadir dalam aktiviti tersebut yang  bertujuan menambah bekalan darah untuk Tabung Darah Hospital Miri.

“Daripada jumlah itu hanya 52 layak menderma darah iaitu 52 pain darah berjaya dikumpul.

“Antara penderma ialah  seorang guru dari SMK Lutong, Remina Luhong Ding yang telah menderma sebanyak 20 kali dan beliau membawa bersama anaknya Rebecca Joy Aren yang pertama kali menderma darah.

“Saya dapat lihat trend yang positif iaitu peningkatan kalangan ibu bapa membawa bersama anak mereka untuk menderma darah,” katanya.

Karambir berharap lebih ramai penduduk Miri khasnya penderma baharu tampil hadapan menderma darah.

“Mereka yang ingin berbuat demikian boleh datang ke kempen derma darah yang akan diadakan di   PBSM pada  15 dan 16 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 1 petang,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.