KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menampilkan tiga muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November nanti.
Ini termasuk Rodiyah Sapiee yang akan bertanding kerusi Parlimen Batang Sadong, menggantikan Dato Sri Nancy Shukri yang berpindah ke Parlimen Santubong.
Seorang lagi ialah Mohamad Shafizan Kepli untuk bertanding kerusi Parlimen Batang Lupar, mengganti Dato Sri Rohani Abdul Karim, yang mengundur diri.
Muka baharu ketiga daripada PBB ialah Dr Richard Rapu, menggantikan Datuk Robert Lawson Chuat, bagi kerusi Parlimen Betong.
Pencalonan itu diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Petra Jaya sebentar tadi.