Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PBB lantik bekas TPM Belanda sebagai penyelaras kemanusiaan Gaza
  • GLOBAL

PBB lantik bekas TPM Belanda sebagai penyelaras kemanusiaan Gaza

Utusan Sarawak 1 year ago

NEW YORK: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres semalam melantik Sigrid Kaag dari Belanda sebagai penyelaras kanan kemanusiaan dan pembinaan semula untuk Gaza.

Kaag akan memudahkan, menyelaras, memantau dan mengesahkan bantuan ke Semenanjung Gaza selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini.

Beliau juga akan mewujudkan mekanisme PBB untuk mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui negara-negara yang tidak terlibat dalam konflik, lapor Xinhua.

Kaag dijangka memulakan tugas pada 8 Januari.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh pejabat ketua PBB, Kaag mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal politik, kemanusiaan dan pembangunan serta diplomasi.

Terbaharu, beliau berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri pertama dan menteri kewangan wanita pertama dalam Kerajaan Belanda sejak Januari 2022.

Beliau pernah menjawat jawatan menteri perdagangan dan kerjasama pembangunan dari Oktober 2017 hingga Mei 2021 dan menteri luar sehingga September tahun yang sama.

Kaag pernah menyandang pelbagai jawatan kanan dalam sistem PBB, termasuk berkhidmat sebagai penyelaras khas untuk Lubnan dari 2015 hingga 2017 dan sebagai penyelaras khas Misi Bersama Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dan Misi PBB di Syria dari 2013 hingga 2015.

Pada Jumaat, Majlis Keselamatan PBB menerima pakai resolusi 2070 yang antara lain menggesa penghantaran bantuan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan terus kepada orang awam Palestin di seluruh Semenanjung Gaza.    

Resolusi itu meminta setiausaha agung PBB melantik penyelaras kanan kemanusiaan dan pembinaan semula selain menggesa penubuhan mekanisme PBB dengan segera untuk meningkatkan pengagihan bantuan. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan Kabinet
Next: Jawatankuasa parlimen Turkiye lulus bidaan Sweden sertai NATO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.