Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PBB, GPS main peranan menstabilkan politik negara
  • SEMASA

PBB, GPS main peranan menstabilkan politik negara

Utusan Sarawak 4 months ago

SATU HATI...Awang Tengah bersama Abang Johari memotong pulut kuning sebagai simbolik lapan tahun Abang Johari memimpin Sarawak dan PBB.

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) adalah tunjang kekuatan dan ejen perubahan masyarakat di Sarawak, kata Timbalan Presidennya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu menegaskan, sekiranya tidak ada PBB yang menjadi tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS), politik negara tidak akan stabil.

“Sekarang kita juga menyumbang kepada kestabilan politik negara. Untuk memperkasakan Sarawak dan memastikan Sarawak terus membangun, PBB mesti kuat dan kukuh kerana ini adalah tiang kekuatan kita. 

“Ini bukan sahaja kepada kaum Bumiputera malah juga untuk masyarakat keseluruhan demi Sarawak yang dicintai,” katanya pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Zon Utara di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan dirasmikan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Awang Tengah berkata, nilai kesetiaan adalah penting dalam sesebuah parti untuk memastikan ia terus kekal pada masa akan datang. 

Malah katanya, semangat perjuangan yang ada hari ini perlu terus menyala dalam kalangan pemimpin belia yang kini menjadi barisan pelapis muda Sarawak. 

Mesyuarat dihadiri 1,387 perwakilan daripada 18 cawangan PBB di Zon Utara. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Ekonomi Sarawak terus kukuh sebab sokongan kuat rakyat kepada GPS – Abang Johari
Next: MA63: Sarawak berpegang teguh prinsip federalisme – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.