Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBB Daro sedia hadapi pilihan raya
  • TEMPATAN

PBB Daro sedia hadapi pilihan raya

Utusan Sarawak 5 years ago
SEDIA GEMPUR… Safi ee merakam bersama ahli Sayap Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Daro selepas mesyuarat di Pusat Khidmat Daro, baru-baru ini.

SIBU:Sayap Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Daro telah bersiap-sedia dengan semangat ‘Utamakan Sarawak ‘ untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN 12) pada bila-bila masa.

Ketua Cawangan PBB Daro, Safiee Ahmad berkata, mesyuarat bersama Sayap Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Daro telah diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, mesyuarat tersebut bertujuan untuk memastikan jentera parti sentiasa diperkemaskan, dimana Sayap Wanita dan Pemuda merupakan komponen penting dalam parti.

“Ya, kita telah bersiap-sedia untuk bertempur dalam menghadapi PRN Ke-12 pada bila-bila masa,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang tadi.

Safiee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro bersyukur kerana seluruh jentera parti dari peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat ranting sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

“Semangat perjuangan dan kesetiaan ahli parti amat tinggi terutamanya mempertahankan  serta memperjuangkan hak Sarawak selaras dengan semangat ‘Utamakan Sarawak’,” tegasnya.

Tegasnya, Sayap Bapa, Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Daro akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam mempertahankan Sarawak.

Terdahulu, Safiee telah mempengerusikan mesyuarat bersama Sayap Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Daro. Mesyuarat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat Pusat Khidmat Daro.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Gedong bakal membangun pesat
Next: Kebakaran belukar cemaskan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.