Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Patuhi PKP kekalkan Lawas sebagai zon hijau
  • TEMPATAN

Patuhi PKP kekalkan Lawas sebagai zon hijau

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, antara barisan petugas hadapan daripada agensi berkaitan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana Daerah Lawas Mengenai Covid-19, di Majlis Daerah Lawas (MDL), Lawas, semalam. Turut kelihatan Datuk Naroden Majais dan Dato Henry Sum Agong. • Foto AWANG KUSHAIRY JUNAIDI

LAWAS: Pematuhan kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disiplin penduduk telah mengekalkan Daerah Lawas kekal sebagai zon hijau sejak 18 April lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjelaskan Daerah Limbang baru-baru ini bertukar kepada zon kuning berikutan kes import daripada negara jiran Brunei.

Bagaimanapun keseluruhan kes Covid-19 di Bahagian Limbang adalah terkawal.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jawatan kuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas semalam memberitahu setakat ini PUI bagi Bahagian Limbang ialah seramai 150 orang dan PUS pula seramai 610 orang secara kumulatif.

Menyentuh kebenaran pelajar Sarawak untuk balik ke kampung halaman termasuk di Bahagian Limbang,  Awang Tengah mahu agar pusat pemantauan untuk Daerah Lawas ditambah bagi meletakkan pelajar ini di pusat kuarantin.

Ini sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung sebarang penyebaran wabak Covid-19 ini.

Oleh itu, beliau terus menyeru agar seluruh anggota masyarakat membudayakan amalan meningkatkan kebersihan diri, penjarakan sosial dan menjalani kuarantin sebagai norma baharu.

Ini adalah cara paling berkesan dalam membendung penularan wabak atau sebarang penyakit yang merbahaya.

“Kita bersama-sama membantu diri sendiri, masyarakat dan semuanya melalui amalan kebersihan diri, penjarakan sosial dan kuarantin ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Dato Henry Sum Agong, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Haji Mohd Naroden bin Majais, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan ketua-ketua jabatan daripada agensi barisan hadapan Covid-19.

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemui meninggal di bilik sewa
Next: Perasaan resah berakhir gembira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.