Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Patuhi peraturan jarak sosial
  • TEMPATAN

Patuhi peraturan jarak sosial

Utusan Sarawak 5 years ago

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menguatkuasa pematuhan penjarakkan sosial di premis beli-belah dan klinik swasta di sini mulai 24 Mac ini.

Pengerusi MPS, Clarence Ting berkata premis beli-belah itu merangkumi pasar raya, pasar mini, kedai-kedai serbaneka dan farmasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“MPS dan polis akan menguatkuasakan peraturan berikut iaitu pasar raya, pasar mini, kedai serbaneka, farmasi dan klinik swasta yang perlu memaparkan notis besar penjarakkan sosial pada pintu masuk di premis masing-masing.

“Di samping itu, mereka juga harus mengawal kemasukan pelanggan dalam premis supaya ruang tidak terlalu sesak untuk pembeli dan kaunter pembayaran turut mempunyai penanda penjarakkan sosial yang jelas,” tegasnya.

Ting menambah, mulai 24 Mac, semua operasi perniagaan akan bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

“Kami menyeru semua orang di Sibu supaya sila ambil perhatian,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau memuji inisiatif yang diambil oleh Pasaraya Daesco yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, sambil menambah pemeriksaan suhu turut dijalankan oleh pasar raya berkenaan.

“Kita sangat menghargai kerjasama masyarakat Sibu yang semakin mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Rumah terbakar, dua tinggal sehelai sepinggang
Next: PGA Miri perketat kawalan ‘jalan tikus’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.