Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Sarawak dominasi perlumbaan bot laju 15hp di Labuan
  • SUKAN

Pasukan Sarawak dominasi perlumbaan bot laju 15hp di Labuan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

LABUAN: Pasukan Sarawak sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam sukan laut ekstrem apabila menggungguli perlumbaan bot laju 15hp pada Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2025.

Dalam kategori Enjin Asal, pasukan Superman dari Lawas menduduki tempat pertama, manakala rakan senegara Laser Line di tempat kedua.

Pasukan tuan rumah TM Online dari Labuan turut menampilkan persembahan mantap untuk menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, kategori Enjin Diubahsuai menyaksikan satu lagi pasukan berpangkalan di Sarawak Laser Line dari Limbang mendominasi saingan dengan memenangi tempat pertama dan kedua. 

Superman dari Lawas melengkapkan podium apabila berada di tempat ketiga.

Acara mendebarkan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM25,000 itu adalah antara tarikan utama semasa sambutan hari terakhir LISC 2025.

Siri kedua tahun ini dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan (LC) dengan kerjasama Kelab Belia Patau-Patau, menarik penyertaan daripada peminat sukan laut terkemuka di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan.

LISC adalah sebahagian daripada kalendar pelancongan ikonik pulau itu, terus berkembang dengan reputasinya mempromosikan Labuan sebagai destinasi utama sukan air, serta mengeratkan hubungan serantau menerusi pertandingan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Promosi Marudi sebagai destinasi pelancongan
Next: Lahirkan atlet renang bertaraf dunia – Senator Dato Ahmad Ibrahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.