Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Katalot Eagles juara sepak takraw KASUS
  • SUKAN

Pasukan Katalot Eagles juara sepak takraw KASUS

Utusan Sarawak 5 months ago
KENANGAN… Datuk Dr. Hazland Abang Hipni merakam gambar kenangan bersama yang lain pada majlis penutupan Pertandingan Sepak Takraw sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) 2024 yang berlangsung di Dewan Kampung Bako Hijrah, semalam.

KUCHING: Pasukan Katalot Eagles dinobatkan sebagai juara pertandingan sepak takraw sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) 2024 yang berlangsung di Dewan Kampung Bako Hijrah, semalam.
Katalot Eagles tampil cemerlang sepanjang kejohanan, menewaskan pasukan-pasukan lain dengan membawa pulang wang tunai RM1,500, sebuah piala, dan medal.
Naib juara pula diraih oleh UKSH B, yang menerima RM1,000 beserta piala dan medal.
Selain itu, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Foochow B dan Foochow D, dengan hadiah wang tunai RM700 dan RM500.
Kejohanan ini menyaksikan 16 pasukan bertanding, dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada belia kawasan Demak Laut.
Dalam pada itu, majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni.
Karnival Sukan SABERKAS 2024 yang dianjurkan oleh SABERKAS Cawangan Demak Laut ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan belia serta mengeratkan hubungan antara komuniti.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Guardiola lega akhirnya City menang
Next: Penutup 2024, United tewas lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.