Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan Asaroz Terawan Mulu tampil semula setelah menyepi 17 tahun
  • SEMASA

Pasukan Asaroz Terawan Mulu tampil semula setelah menyepi 17 tahun

Utusan Sarawak 6 months ago
  • Regatta Sarawak 2024 
PASUKAN dari Long Terawan, Miri, Asaroz Terawan Mulu.

KUCHING: Pasukan dari Long Terawan, Miri, Asaroz Terawan Mulu membuat penampilan semula pada Regatta Sarawak 2024 selepas menyepi selama 17 tahun. 

Pengurus pasukan, Onesimus Mugang, berkata mereka sangat teruja kerana pasukannya dapat kembali menyertai acara bersejarah ini, dengan penyertaan terakhir mereka pada 2007.

“Setelah berlatih dengan penuh dedikasi selama tiga hingga empat bulan, akhirnya tiba hari yang kami nanti-nantikan untuk memperlihatkan hasil usaha kami.

“Pasukan kami dalam keadaan terbaik dan kami bertekad untuk memberi impak yang besar. 

“Prestasi pasukan kami pada hari pertama Regatta Sarawak 2024 menunjukkan potensi yang baik, namun masih perlu sedikit penambahbaikan.

“Secara keseluruhan, prestasi kami cukup mengagumkan, dan kami optimis untuk meningkatkan pencapaian dalam acara-acara yang akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di Tebingan Kuching, hari ini. 

Dalam pada itu, pasukan ini terdiri daripada pendayung etnik Berawan-Tering dengan kebanyakannya berasal dari kampung yang sama di Mulu, turut disertai peserta dari etnik lain termasuk kaum Penan. 

Tambah Onesimus, beliau berharap pasukannya dapat beraksi dengan cemerlang dan memberikan persembahan terbaik dalam Regatta Sarawak tahun ini.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada aggregator gas lain di Sarawak kecuali Petros – Julaihi
Next: 71 bahasa pada jambatan perpaduan catat rekod

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.