Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan rakyat nikmati kemajuan saksama
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan rakyat nikmati kemajuan saksama

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AMANAT… Dato Gerald Rentap Jabu berucap pada Program Randau Pemansang anjuran JKKK Rumah Salim Unang, Sungai Rassau, Batang Igan Tengah, semalam.

SIBU: Pembangunan di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan semua rakyat menikmati kemajuan secara saksama.

Usaha ini dilaksanakan menerusi pelbagai dasar, program dan projek yang berpaksikan pembangunan rakyat.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu, antaranya ialah kerajaan menyediakan skim pinjaman membaiki rumah panjang kepada rakyat.

“Kini, skim pinjaman membaiki rumah panjang bukan lagi RM30,000 tetapi kerajaan telah menaikannya kepada RM50,000.

“Tetapi anda harus tahu bagaimana cara membuat laporan untuk memohon skim tersebut. Kalau tidak tahu boleh rujuk dan bertanya kepada mereka yang telah membuatnya,” katanya semasa berucap pada Program Randau Pemansang anjuran JKKK Rumah Salim Unang, Sungai Rassau, Batang Igan Tengah, semalam

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penduduk Rumah Salim Unang kerana telah berjaya membaiki rumah panjang mereka yang kini berwajah baharu.

“Rekabentuk dan warna yang seragam ini melambangkan semangat bersatu penduduk rumah panjang ini. Ini jelas menunjukkan anda semua satu hati,” katanya.

Gerald juga menyeru kepada penduduk di kawasan Bawang Assan supaya sentiasa bersatu padu di bawah payung GPS bagi mencapai hasrat Sarawak maju menjelang 2030.

“Semua usaha ini memerlukan perpaduan antara semua rakyat. Kalau tidak bersatu, ianya tidak tercapai, semua ada memainkan peranan dari wakil rakyat, pegawai daerah, ketua masyarakat, ketua kaum dan rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebab itu, selalunya kalau ia tidak tercapai adalah akibat kekurangan kepimpinan. Tuai rumah mesti berfikir untuk membuat perancangan, bukan hanya wakil rakyat sampai di rumah panjang mereka memberikan surat permohonan,” kata beliau.

Pada majlis tersebut, Gerald mengumumkan peruntukan sebanyak RM6,000 dan ADUN Katibas, Lidam Assan RM4,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Salim Unang.

Selain itu, Gerald turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,000 dan Lidam RM2,000 kepada lapan JKKK rumah panjang pada majlis tersebut.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan, Romeo Christopher Tegong, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie serta yang lain.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidikan tunjang masa depan negara – Anyi Ngau
Next: 71 pelajar terima bantuan pakaian seragam sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.